Pelakon Nadiya Nisaa Kini Berhijab
Nadiya Nisaa kini telahpun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya.
Akuinya lagi, hasrat itu terbantut kerana terpaksa akur dengan kontrak kerjanya sebelum ini. Namun, Allah lebih mengetahui, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.
Penhhijrahan Nadiya disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang suka melihatnya bertudung, nampak cantik kata suaminya.
Ini komen Nadiya:
“Jadi pada Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba untuk mengenakan tudung.
“Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah
“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya (suami) memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,”
Pada awal Ogos yang lalu, orang ramai dikejutkan dengan berita sedih menimpa Nadiya sekeluarga apabila kandungan keduanya disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.
Akui terlalu sedih dengan kejadian tersebut, pelakon ini membuat keputusan untuk berehat seketika untuk menenangkan fikiran.
Apapun tahniah buat Nadiya Nisaa, suami dan keluarga. -PENMERAHDOTCOM
The post Pelakon Nadiya Nisaa Kini Berhijab appeared first on PenMerah.com.
0 comments