Monday, September 26, 2016

Ammar Alfian Bengang Dituduh Sebar Gambar Lucah

Bengang dituduh menjadi dalang kepada penyebaran gambar bogel Idris Khan dan Atikah Suhaime, Ammar Alfian tampil mempertahankan diri selepas kenyataan Idris mengatakan kejadian yang berlaku itu berpunca daripada musuh dalam selimut. Walau pada awalnya tidak mahu ambil pusing namun apabila dihukum tanpa sebab membuatkan Ammar bengang.

BACA: Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk

“Ikutkan saya tak nak mencampuri urusan mereka tetapi disebabkan kenyataan Idris mengatakan apa yang berlaku berpunca daripada musuh dalam selimut, saya tak boleh duduk diam. Saya perlu mempertahankan diri saya. Sebelum berkahwin lagi saya sudah bercerita kepada isteri perangai dan gaya hidup saya termasuk gosip memiliki video seks bersama Idris dan Atikah”

“Jadi apabila dia dapat tahu timbul cerita lain berkenaan gambar bogel, dia tak terkejut. Cuma dia bertanya kenapa saya pula yang dituduh sedangkan gambar itu memaparkan Idris dan Atikah? Dalam perkara ini dia sangat terbuka kerana sudah tahu saya macam mana,” katanya kepada Harian Metro berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh Idris tempoh hari.

Bagaimanapun, Ammar bersyukur kerana isterinya begitu memahami dirinya dan tidak cepat melatah apabila namanya dikaitkan sekali didalam kontroversi gambar bogel itu. Malah isterinya juga ada menasihatinya supaya berdiam diri bagi tidak merumitkan keadaan namun tindakan Idris mengeluarkan kenyataan itu membuatkan beliau tidak mampu bersabar lagi.

Terdahulu, Atikah dalam satu temubual menafikan dakwaan mengatakan beliau merupakan individu yang berada didalam gambar bogel bersama Idris. Manakala, Idris pula ada menyatakan bahawa terdapatnya musuh dalam selimut berikutan penyebaran gambar bogel mereka. Namun jika bukan mereka didalam gambar tersebut kenapa perlu mencari tukang sebar? (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments