Wednesday, September 21, 2016

“Saya Pun Dah Terkena Di Area Ampang Point….”

“Saya Pun Dah Terkena Di Area Ampang Point….”

amp

Kini memang manusia terdesak mencari duit. Ialah mungkin dengan desakan kehidupan dan kesukaran mendapatkan mata pencarian, manusia kini mula mengambil kesempatan.

Jom baca satu perkongsian yang berlaku di Ampang baru-baru ini.

Saya pun dah terkena di area AMPANG POINT..

Seorang perempuan meminta RM50 pada waktu petang lebih kurang 6.50p.m. Masa tu saya tengah sembang dalam telefon. Dia kata nak tanya sesuatu lah, nak tanya tempat lah. Sy tunjuk tgan yg sy tgh on call, dia kata takpa dia tunggu sambil tersenyum senyum.

Bila dah habis call, sy tanya kenapa , dia kata dompet dia hilang dia nak balik naik teksi. Dia mintak rm50 utk balik. Sy fikir2 takkan nak bagi senang2 rm50. Sy scan baju dia, tup tup nampak rantai emas tebal. Gelang pun ada, rambut perang2, baju cantik, sy sempat berfikir sambil dalam hati baca ayat kursi. ( takut di santau )

Sy keluarkan dompet dia masih senyum2 tak berhenti keluarkan ayat manis dan tanya sy kerja mana duduk mana. Dengan izin Allah, tgn sy automatik bagi rm5 sahaja pada dia. Lepas sy bagi dia ajak sembang lagi. Sy terus mintak diri n lintas jalan. Sy tak sedap hati. (Terus menerus dalam hati baca ayat kursi)

Bila dah jalan jauh sikit, sy toleh belakang, dia tengah minta dekat orang lain pula..

MasyaAllah. Dasyat zaman sekarang ni kan. Bila dah jadi, niat sedekah sahaja.

Pendek kata , disebabkan orang macam ni, kita rasa macam dah teragak2 nak bagi pada org lain.
Entah betul dalam kesusahan atau buat buat susah.

Moga dijauhkan dgn perkara2 begini lagi. Nauzubillah.

Mohon kalian jaga diri dan lebih berhati hati ya. (Sumber: FB Orang Wangsa Maju)

Memang susah nak tahu yang mana peminta derma yang betul-betul susah dan yang mana palsu atau berlakon. Kerana kemurahan hati rakyat Malaysia, memang mudah ditipu. -PENMERAHDOTCOM

The post “Saya Pun Dah Terkena Di Area Ampang Point….” appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments