Saturday, September 24, 2016

Atu Zero: Boleh Jadi Gila Layan Isteri Mengandung

Bagi pelakon dan juga pelawak dari kumpulan Zero iaitu Atu, pengalaman pertama kali melayan kerenah isteri sememangnya memenatkan namun dalam masa yang sama turut belajar daripada pengalaman raka rakan artis yang sudah mempunyai cahaya mata.

BACA: Isteri Hamil, Atu Zero Bakal Bergelar Bapa

“Boleh jadi gila rasanya melayan kerenah isteri dalam tempoh dia mengandung. Namun saya faham itu semua situasi yang dilalui oleh wanita hamil. Tidak kisahlah penat bekerja sekali pun, saya harus melayan isteri dengan baik apabila pulang ke rumah”

“Sebagai persedian menjadi bapa saya banyak belajar dari pengalaman rakan artis dan juga orang tua. Memang rasa teruja untuk bergelar bapa nanti,” kongsi Atu kepada portal InstaOnline.

Atu dan isterinya, Shafeeqa Johari telah berkahwin pada Februari lalu. Apa pun, tahniah kepada Atu kerana bakal bergelar bapa selain turut memegang tanggunjawab sebagai seorang suami yang peka dengan keadaan isteri. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments