Monday, September 12, 2016

‘Bukan Sebab Berlagak Atau Dikongkong Isteri..’ – Hafidz Roshdi

“Bukan Sebab Berlagak Atau Dikongkong Isteri…” – Hafidz Roshdi

hr1

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Hafidz Roshdi kini telah meletakkan syarat utama untuk berlakon iaitu dia mahu tidak melakukan adegan bersentuhan dengan wanita lain.

Hafidz memberitahu dia meletakkan syarat itu bukan kerana berlagak atau kerana dikongkong isterinya.

Ini komennya:

“Sejak awal kemunculan lagi saya sebolehnya mengelak melakonkan adegan bersentuhan. Alhamdulillah perkara ini tidak mendatangkan masalah pun. Tambahan pula adegan sedemikian boleh dilakukan menerusi helah kamera.

“Tidak timbul isu saya berlagak sebaliknya atas kesedaran diri sendiri. Lagi pun, ketika mendapat tawaran perkara ini antara yang saya utamakan,”

“Saya bukan artis pertama yang meletakkan syarat ini. Saya lihat rezeki rakan-rakan artis yang sama pendirian dengan saya tak pernah putus pun. Jadi saya percaya rezeki Allah. Namun, saya tidak mahu perkara ini dijadikan isu kerana masing-masing ada pilihan. Setiap pelakon lain caranya,”

Hafidz Roshdi pernah menjadi fenomena apabila drama Tundukkan Playboy Itu menjadi hit. Pelakon yang baru berumur 21 tahun ini juga pernah terpalit kontroversi bersama Uqasha Senrose. -PENMERAHDOTCOM

The post ‘Bukan Sebab Berlagak Atau Dikongkong Isteri..’ – Hafidz Roshdi appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments