Thursday, September 8, 2016

Instafamous Kantoi Ditahan Di Hotel Bersama Pelanggan VVIP

Instafamous Kantoi Ditahan Di Hotel Bersama Pelanggan VVIP

layan

Seorang selebriti laman sosial atau ‘instafamous’ ditahan apabila disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Terpesona dengan bayaran mahal dan mewah yang mencecah ribuan ringgit, wanita ini sanggup menggadai maruah untuk memberi layanan membabitkan golongan VVIP.

Namun, aktiviti tak bermoral Instafamous ini tidak kekal apabila kegiatannya terbongkar selepas diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, Selangor kelmarin.

Wanita tersebut dalam lingkungan 20-an itu ditahan bersama-sama dengan seorang ahli perniagaan kira-kira jam 10 pagi di hotel mewah, Damansara.

Lelaki terbabit dikatakan pelanggan instafamous tersebut yang telahpun berkahwin.

Untuk pengetahuan, instafamous tersebut merupakan pengasas sebuah produk kecantikan namun masih melakukan aktiviti terkutuk itu.

Melalui laporan, kegiatan wanita tersebut bermula sejak tahun lalu dan pelanggannya terdiri daripada golongan VVIP yang kaya raya.

Malahan, dikatakan dia menerima bayaran sehingga menceceah RM30,000 semalaman.

Instafamous dan lelaki tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah. -PENMERAH

Sumber UTUSAN

The post Instafamous Kantoi Ditahan Di Hotel Bersama Pelanggan VVIP appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments