Tuesday, September 13, 2016

Kualiti Pelakon Baru Turun, Wajah Kacak Boleh Jadi Hero – Ako Mustapha

Kualiti Pelakon Baru Turun, Wajah Kacak Boleh Jadi Hero – Ako Mustapha

ako-komen

Ako Mustapha merupakan pelakon berpengalaman yang telah menceburi bidang ini selama hampir 20 tahun. Kini pelakon ini telah meluahkan rasa kecewa melihat perkembangan industri hiburan tanah air pada waktu ini.

Katanya, pelakon baru yang memegang watak utama dalam sesebuah drama kerana tidak mempunyai kualiti yang baik. Kebanyakkan hero yang dipilih oleh hanya berdasarkan para rupa semata-mata.

Ini komen pedas dari Ako:

“Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

“Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting,”

Tambah Ako Mustapha, sepatutnya peluang harus diberikan kepada pelakon-pelakon baru yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan, merek ayang benar-benar mendalami bidang lakonan.

Jelasnya lagi, pada masa ini, siswa dan siswazah yang mendalami ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan yang tidak mendapat peluang tersebut.

Ako Mustapha kini tidak terlalu aktif berlakon dan hanya menerima tawaran daripada produksi milik rakan-rakan yang memerlukan khidmatnya sebagai pelakon. Ako kini lebih fokus kepada perniagaannya. -PENMERAHDOTCOM

The post Kualiti Pelakon Baru Turun, Wajah Kacak Boleh Jadi Hero – Ako Mustapha appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments