Thursday, September 15, 2016

“Mana Ada Kami Bercinta”

Sebelum ini melalui kenyataan daripada pelakon Azrel Ismail yang mengatakan bahawa dia dan Ruhainies sedang bercinta itu sebenarnya lebih kepada bersifat ‘suka’ semata-mata dan tidak lebih sehinggakan dikatakan bercinta.

BACA: “Memang Benar Pun Saya Dan Ruhainies Bercinta”

“Saya dan Azrel berkawan rapat tak ada pun bercinta. Tapi kalau ada jodoh saya tak tolak. Saya selesa berkawan dengan dia. Sebenarnya dia tak cakap bercinta tetapi dia suka sahaja. Suka ini boleh kita interpretasikan pelbagai maksud yang banyak. Dia juga artis paling saya rapat dalam industri”

“Saya nak jelaskan di sini bahawa kami berdua tidak bercinta. Status saya solo begitu juga dengan Azrel,” katanya kepada Rotikaya.

Jelasnya lagi, isu yang mendakwa mereka berdua bercinta ialah ketika bergandingan dalam drama bersiri ‘Menantu Ting Tong’. Di situ ramai yang melihat mereka berdua mempunyai keserasian dan timbul pula isu yang kononnya mereka berpacaran.

Pun begitu, Ruhainies berkata dia masih belum terfikir untuk berkahwin dalam masa yang terdekat kerana masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya dalam industri seni.

“Saya masih muda dan jauh lagi perjalanan dalam industri seni, tak terfikir pun nak kahwin lagi. Saya berpegang kepada jodoh,” katanya yang akan berkahwin sebelum berumur 30 tahun. (rtky/h)

7-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 6-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 5-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 4-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 3-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 2-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya
Load disqus comments

0 comments