Thursday, September 15, 2016

(VIDEO) Luahan Hati Zila Seeron, Akui Tak Dapat Didikan Agama Sejak Kecil

(VIDEO) Luahan Hati Zila Seeron, Akui Tak Dapat Didikan Agama Sejak Kecil

zilla

Di pagi hari raya Aidil Adha yang lalu, bekas isteri Along Cham iaitu Zila Seeron telah tampil secara live di kaca televisyen menerusi rancangan AM Live di Astro Ria.

Zila Seeron yang juga bekas penyanyi Akademi Fantasia musim ke-4 telah meluahkan perasaannya di rancangan itu selama hampir 17 minit.

Antara isi kandungannya ialah Zila akui tiada duit apabila keluar dari rumah Aong Cham selain tiada pengalaman bekerja menyebabkannya sukar mencari kerja.

Penyanyi ini akui hanya tahu menyanyi dan juga menoreh getah sahaja sebagai pengalaman bekerja.

Zila dikatakan hidup berpindah randah dan hanya bergantung kepada simpati rakan-rakannya.

Selain itu, Zila juga sempat memberi ucapan kepada anak lelakinya, Danial dan akui merindui anaknya itu. Zila juga memohon maaf kepada anaknya itu di atas perkara yang berlaku.

Buat Along juga, Zila sempat memohon maaf dan meminta dihalalkan makan dan minumnya dari bekas suaminya itu di sepanjang perkahwinan mereka.

Sepanjang perbualan itu, Zila akui dirinya kurang mendapat bimbingan agama sejak kecil dan kini baru mula mempelajarinya. -PENMERAHDOTCOM

Ini video penuh:

The post (VIDEO) Luahan Hati Zila Seeron, Akui Tak Dapat Didikan Agama Sejak Kecil appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments