Cara Isteri Adam Corie Bimbing Suaminya Selepas Memeluk Islam
Umum mengetahui pelakon Adam Corie telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang wanita yang membimbingnya dengan baik sepanjang bergelar mualaf.
Ramai tertanya-tanya bagaimana isteri Adam Corie memainkan peranannya dalam membimbing Adam Corie untuk hidup sebagai seorang Muslim.
Ini perkongsian dari isteri Adam Corie:
Assalamualaikum sahabat semua,
Bukan senang berkahwin dgn mualaf kalau asas agama kita pon terumbang ambing.
Sebelum nak kahwin dgn saudara baru,
Betulkan niat kita . Kata pada diri sendiri ,
“Tujuan aku berkahwin ini kerana Mu Ya Allah. Bukan kerana nafsu . Bukan kerana dia cantik. Aku ingin berkahwin kerana ingin jadi perkahwinan ini jambatan asbab ke syurga bersama pasangan dan keluargaku”
Kita sebagai pasangan nya kena sentiasa top up diri kita dengan ilmu agama dan amalkannya.
Supaya mereka nampak contoh Islam paling dekat adalah pasangannya.
Kalau kita tak solat. Dia pon tak akan solatlah.
Jangan pula dia tak solat, kita pon ikut sekali tak solat.Kalau kita tak puasa, dia pon tak puasa lah…
Kalau kita makan babi, dia pon makan babi lah..
Sebab dia ingat semua itu OK.Semuanya bermula pada diri kita.
Jadi jgn ambil mudah kalau hendak berkahwin dgn MUALLAF , kerana tugas kita besar sebagai hamba Allah.Allah pilih kita berkahwin dgn Muallaf kerana Allah nk tingkatkan ilmu agama dlm diri kita
ia adalah anugerah dari Allah
Itulah pandangan dari isteri Adam Corie. Nasihat ini bleh digunakan pakai kepada semua pasangan suami isteri. Jadilah teladan yang baik maka pasangan anda pun akan mula hidup dengan cara yang baik. -PENMERAHDOTCOM
The post Cara Isteri Adam Corie Bimbing Suaminya Selepas Memeluk Islam appeared first on PenMerah.com.
0 comments