Sebagai seorang selebriti yang memegang status sebagai ibu tunggal, Fasha Sandha mengakui dia tidak dapat lari daripada pandangan masyarakat yang menyifatka dirinya sebagai seorang yang sentiasa bersedih di atas perpisahan yang berlaku.
BACA: Didekati Lelaki, Fasha Sandha Belum Sedia Kahwin Lagi
“Saya sedar ramai yang memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai wanita seperti saya. Apabila berpisah bukan bermakna saya perlu berendam air mata atau bersedih dengan perkara tersebut sebaliknya menguatkan lagi diri untuk menjadi yang terbaik”
“Bagi saya yang paling penting pastinya pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil. Kalau kedua-dua perkara itu seiring, insya-Allah tidak akan menjejaskan kita. Selebihnya kita perlu melalui hari-hari mendatang dan terus membesarkan anak-anak seperti biasa,” kata Fasha kepada Utusan Online.
Sementara itu, mengusik soal teman lelaki, Fasha kini terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan menyatakan hanya akan memikirkan perkara tersebut selepas segalanya sudah selesai nanti. (rtky/s)
0 comments