PUNCA NUR SAKINAH HILANG DI PARIS AKHIRNYA TERJAWAB
Beberapa hari yang lalu, seorang pelajar Malaysia berumur 19 tahun telah hilang selama 5 hari di Paris yang menjadi tumpuan ramai.
Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia menghilangkan diri.
Teka-teki tersebut akhirnya terjawab setelah dia pulang ke kediaman sewanya dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.
Nur Sakinah Naim pelajar bidang kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) Rouen yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui punca dirinya bertindak menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.
Komen Dari Sakinah
Ini kenyataan dari pelajar ini:
“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.
“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,”
Nur Sakinah akui memang tidak berminat mengikuti pengajian kursus kejuruteraan di negera tersebut sejak awal algi namun terpaksa bersetuju kerana dorongan ibu bapa.
Dalam pertemuan itu juga Nur Sakinah turut memaklumkan mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan akan tiba di Perancis.
Keluar Kemana?
Nur Sakinah telah keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,”
Sebaik sahaja tiba di kota berkenaan, Sakinah telah pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.
Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Sakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.
The post PUNCA NUR SAKINAH HILANG DI PARIS AKHIRNYA TERJAWAB appeared first on PenMerah.com.
0 comments