Sudah lama ingin mendalami ilmu agama Islam, Saiful Apek menjadikan peluang yang diberikan kepadanya untuk memberi ceramah di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur sebagai landasan untuk dirinya lebih mendekati ilmu agama. Ini kerana beliau lebih selesa mengambil pendekatan secara perlahan-lahan untuk berhijrah menjadi seorang yang lebih baik.
BACA: Saiful Apek Dibebaskan Dari Tuduhan Ambil Ganja
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi. Alhamdulillah mungkin juga ada sebab mengapa saya dapat peluang tersebut”
“Sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama. Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik. Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama,” katanya kepada m Star Online.
Selain itu, Apek juga mengakui pada usianya yang semakin meningkat, dirinya sudah bosan melakukan perkara sama dan kini mahu menumpukan perhatian untuk mencuba sesuatu yang baru. Katanya lagi, selain mendalami ilmu agama, beliau juga bersyukur kerana diberikan peluang membawakan watak antagonis seperti diidamkan dan bukan hanya watak pelawak. (rkty/w)
0 comments