Wednesday, January 4, 2017

Diana Amir Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada Diana Amir kerana telah selamat menyambut kehadiran cahaya mata kedua dalam rumahtangga yang dibinanya bersama suaminya Mohd Habibbullah. Perkara tersebut dikongsikan oleh Diana di Istagram.

BACA: Diana Amir Mahu Anak Jadi Ustazah Professional

Bayi perempuan itu selamat dilahirkan pada 4 Januari, jam 5.55 pagi dengan berat 3.19 kilogram. Apa yang pasti, kegembiraan menyambut ahli keluarga baru itu juga turut diraikan oleh peminat dan pengikut Diana di laman sosial tersebut.

“Taknak cerita sakit bersalin macam mana, yang penting baby sihat dan Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan ini! Husband and I am very happy and grateful! Babykhawlah tolong jaga adik ya hahaha. I love you both,” luah Diana.

Diana dan suami telah selamat mendirikan rumahtangga pada Oktober 2013 dan menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada Mac 2015. Semoga kehadiran dua puteri dalam keluarga Diana Amir akan menyerikan lagi kehidupan pasangan bahagia ini. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments