Pernahkah anda terfikir bahawa akan wujud sebuah pasaraya yang menjual pelbagai keperluan seharian yang melengkapi kemahuan anda dan yang paling penting, halal. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana LuLu Hypermarket yang sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya di tanah Arab kini sudah pun berada di Malaysia.
Cawangan pertama yang dibuka kini terletak bersebelahan dengan Jakel Mall di Caps Square Kuala Lumpur, Jalan Munshi Abdullah. Apa yang pasti, kewujudan pasaraya ini sudah pun diketahui ramai malah sudah ada peminatnya yang tersendiri.
Mana orang tak jatuh hati, pelbagai kelebihan yang boleh anda dapatkan di LuLu Hypermarket. Jom kami kongsikan 8 sebab kenapa LuLu akan jadi pilihan utama anda selepas ini.
1. 100% Barangan Halal
Jangan risau, LuLu sememangnya menjual 100% barangan Halal. Anda tidak perlu risaukan tentang bahagian makanan yang tidak halal lagi.
Malah LuLu Hypermarket juga adalah pasaraya pertama di Malaysia yang sentiasa mengekalkan kebersihan tahap tinggi pada setiap masa. Tak percaya? Anda kena datang dan saksikan sendiri.
2. Harga Barangan Murah & Mampu Milik
Selain halal, kekuatan yang ada pada LuLu Hypermarket adalah di atas harga makanan yang murah dan mampu beli. Malah di laman sosial sudah ada yang menjadikan LuLu sebagai lokasi mereka untuk mendapatkan pelbagai barangan.
3. Medan Selera Hidang Pelbagai Hidangan
Medan selera adalah penting bagi sesebuah pasaraya dan bagi LuLu, terdapat pelbagai hidangan halal yang disediakan di medan selera di sini termasuklah dari Timur Tengah dan Kontinental. Nak makan di sana boleh, nak bungkus bawa balik pun tiada masalah.
4. LuLu Roastery
Ha, ini juga merupakan antara salah satu tumpuan apabila berkunjung ke LuLu sebab di bahagian LuLu Roastery memamg banyak sungguh pilihan kacang panggang dan juga buah buahan kering dari seluruh dunia! Boleh jamin, siapa yang lalu di bahagian ni memang sangkut punya sebab aroma dia memang buat anda nak singgah dan beli sambil makan depan TV.
5. LuLu Celebrate
Ha, inilah antara sebab kenapa LuLu sentiasa jadi pilihan orang ramai, sebab mereka ada LuLu Celebrate. Apa yang anda boleh dapatkan di segmen ini adalah kain terbaik untuk nak buat saree, baju kurung sehinggalah ke pakaian Punjabi pun. Warna dan juga rekaan memang cantik cantik belaka.
Selain itu, sutera yang terdapat di LuLu diimport khas dari India. Malah untuk pengetahuan anda, kita sebenarnya boleh minta bantuan pendapat pada konsultan professional berpengalaman dalam mendapatkan hasil terbaik daripada fabrik pilihan kita.
6. Pusat Beli Belah Setempat
Sebab apa kami kata anda boleh dapatkan pelbagai barangan? Contohnya di LuLu fashion Store, ada banyak pilihan pakaian untuk lelaki, wanita, kanak kanak daripada pelbagai jenama tanah air dan juga antarabangsa.
Manakala di bahagian LuLu Connect pula anda boleh dapatkan macam macam tawaran untuk gajet terbaru, barangan elektrik. Siap ada potongan harga mingguan di sini, memang jimat punya.
7. Parking Percuma
Ini bab paling best bila datang ke LuLu sebab parking dia percuma setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 petang, pada hujung minggu dan cuti umum jika anda berbelanja RM75 di LuLu.
8. Dipercayai Di Seluruh Dunia!
Mempunyai 132 cawangan di seluruh dunia dan tidak lama lagi akan dibuka di Setia City Mall, Bangi Gateway, Johor Bahru dan juga Kelantan, ternyata jenama LuLu mendapat kepercayaan dari pengguna dari seluruh dunia termasuklah di Timur Tengah, Afrika Utara, India dan juga di Indonesia. Malah mereka juga dalam masa yang sama merancang untuk membuka satu cawangan di setiap negeri!
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai LuLu Hypermarket, boleh lawat sendiri laman web mereka di http://ift.tt/1fjRW2x, Facebook, atau hubungi mereka di 017-644 4200.
0 comments