Panau adalah sejenis jangkitan yang terjadi akibat pembiakan kulat pada kulit anda. Panau akan kelihatan seperti tompok-tompok di luar lapisan kulit. Semakin lama di biarkan tanpa rawatan, tompok-tompok itu akan bercantum dan mudah kelihatan di muka, kulit kepala dan badan.
Petua Merawat Panau Menggunakan Bahan Semulajadi
Biarpun ada pelbagai jenis ubatan yang dijual di pasaran untuk menghilangkan panau, namun masih ramai yang suka menggunakan cara tradisional kerana ia dikatakan lebih mujarab dan selamat untuk kulit. Jika anda atau orang yang anda kenali mempunyai masalah panau, apa kata anda cuba petua-petua yang kami kongsikan di bawah ini.
1) Lengkuas – Antara bahan semujadi yang paling mujarab untuk merawat panau adalah lengkuas. Ambil beberapa ulas lengkuas. Bersihkan dan tumbuk halus. Perah airnya kemudian sapukanair lengkuas itu di kawasan kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari sehingga masalah panau berjaya dirawat.
2) Halia dan Bawang Putih – Dua lagi bahan yang mudah didapati dari dapur yang memang mujarab untuk merawat panau adalah Halia dan Bawang Putih. Anda hanya perlu tumbuk sedikit halia dengan beberapa ulas bawang putih. Selepas itu sapukan ke kawasan kulit yang berpanau. Sama juga seperti lengkuas tadi, anda perlu amalkan secara konsisten sehingga panau berjaya dihilangkan.
3) Daun Pinang atau Daun Belimbing – Kedua-dua daun ini mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat panau. Anda cuma perlu guna salah satu, jangan campurkan kedua-duanya. Jika anda ingin gunakan daun pinang, anda perlu tumbukkan daun pinang sehingga lumat dan tampalkannya ke atas lapisan kulit yang berpanau. Biarkan kering kemudian cuci bersih. Manakala jika anda ingin gunakan daun belimbing pula, anda cuma perlu tumbuk beberapa helai daun belimbing, sedikit beras dan asam jawa. Tumbuk sehingga lumat ya. Kemudian tampalkan ke lapisan kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering dan setelah itu cuci bersih. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.
Mudah-mudahan Petua Merawat Panau Menggunakan Bahan Semulajadi ini membantu anda untuk mengatasi masalah panau pada kulit anda. Apa yang penting adalah panau perlu dirawat segera agar tidak merebak ke bahagian kulit yang lain. Selalu jaga kebersihan dan jangan berkongsi tuala.
Sumber: Sinar.FM
via Bin Usrah
0 comments