Mula terdengar desas desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini pada tahun lalu lagi, Serina Redzuawan atau lebih dikenali dengan gelaran Serina Chef Wan menjelaskan bahawa dia sudah pun pergi ke mahkamah syariah.
BACA: Serina Redzuawan Tutup Mulut Soal Keretakan Rumah Tangga
“Ooo…hal tu (pergi mahkamah syariah). Ya. Masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik,” jelas Serina dalam menjawab soalan kepada Media Hiburan melalui Whatsapp.
Selain daripada itu, Serina dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kerana peminat sentiasa memberikannya sokongan dalam menghadapi hari mendatang. Kami pasti bila tiba masanya nanti, Serina akan menjelaskan situasi sebenar yang terjadi.
Serina telah berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. (rtky/s)
0 comments