Wednesday, January 25, 2017

Sayu : Wan maut tragis jasad tersepit .. Kepala kontena berkecai rempuh treler muatan bata (6Gambar)

Gopeng : Kemalangan yang amat ngeri apabila lori kontena dipandu Khairul Nazuan,28,atau lebih dikenali dengan nama wan merempuh belakang treler yang penuh dengan muatan bata yang menyebabkan lori terbabit rosak berkecai bahagian kepalanya impak dari kemalangan terbabit.
Wan dijemput ajal tersepit ditempat duduk kontena yang dipandu nya,harian metro melaporkan seorang lelaki maut selepas lori kontena dipandunya terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan batu di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, 8 pagi hari ini.




Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Khairul Nazuan,28, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit ditempat duduk pemandu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Nor Zambri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.13 pagi sebelum ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba mendapati seorang lelaki yang sudah meninggal dunia tersepit di tempat duduk pemandu sebelum anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.
"Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar. semoga isteri dan keluarga arwah wan tabah. Al fatihah 

via CeritaGempakKomuniti
Load disqus comments

0 comments