Wednesday, January 25, 2017

Sayu : Desakan Hidup kah ? .. Identiti ketua pengawal keselamatan rompak Bank guna pistol syarikat (10Gambar)

ALOR SETAR : Sedih sebak sayu lihat apa yang berlaku seorang lelaki sanggup merompak bank dan hampir membunuh pengawal keselamatan, suspek yang merupakan Ketua Syarikat kawalan Keselamatan dan bekas tentera ini nekad seorang diri merompak bank dengan menggunakan pistol milik syarikat nya berkerja.

Seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan pistol milik syarikatnya ditahan selepas cuba merompak Bank UOB di Tmn Ria Jaya, Sungai Petani dekat sini pagi tadi. 

Jurucakap polis berkata, cubaan suspek berjaya dihalang pengawal keselamatan bank terbabit selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan dibantu kakitangan bank berkenaan, jam 8.40 pagi. 

"Anggota polis yang tiba dilokasi kejadian kurang seminit kemudian segera membantu pengawal keselamatan yang cedera akibat terkena tembakan di kaki yang sedang bergelut dengan suspek. 









Selamat Pagi YDH Dato, tuan/puan:
Makluman awal melepaskan tembakan semasa melakukan kesalahan berjadual.
▶ Sg.Petani: 2339/17 @ 0852hrs. 
▶ T/Kejadian: 177&178, Bank UOB, Taman Ria Jaya, Sg.Petani, Kedah.
▶ Pengadu: KPL.82406 Zainuddin b Ismail.
▶ Kesalahan: Sek.3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.
▶ Fakta kes:
Pada 25.1.17 @ 0815hrs, pekerja bank OUB mula masuk ke dlm bank utk bekerja.
0835hrs, dtg (1)(L)(M) memakai helmet dan sarung tangan kiri serta memegang pistol (revolver. 36) telah bkata kpd salah seorang pengawal keselamatan (2 org) btugas yg tdk bsenjata dan berkata "kalau nak selamat, bergerak ke belakang & jgn melawan" dlm bhs melayu.
Kemudian saspek telah bgelut dgn (1) pengawal keselamatan yg bersenjata pump gun, dan dlm pergaduhan itu, saspek telah melepaskan tembakan (2) tembakan di celah kangkang.
Pergelutan berlaku selama (3) minit di antara (2) pengawal keselamatan bersama (1) staff bank dgn menindih saspek.
Pihak MPV (alpha IBS KD 254) telah terima maklumat dari bilik gerakan pd jam 0840hrs dan sampai di tempat kejadian pd jam 0841hrs dan masih berlaku pergelutan dan berjaya ditangkap.
Ambulance sampai pada jam 0846hrs utk bawa mangsa ke Hospital.

Butiran saspek:
 * Mohd Rosdi B Othman(bekas tentera bersara pd 22.11.2008, berkhidmat selama 22 thn, Peg.Waran 2, di 10 Semboyan, di Kem Perendak Melaka)
*KPT: 671202-02-XXXX*.
Kerja: *Pengurus Pengawal Keselamatan, SRT EON* Caw.Sg.Petani, Kedah sejak 2008 sehingga skrg.
Maklumat pistol yg diperolehi: *Sykt SRT EON di P.Pinang, hanya t.t sebulan sekali dan sentiasa dibawa dalam pemilikannya setiap masa*.
 Maklumat Pengawal Keselamatan yg cedera:
Nama: *Mohd Jefri bin Ismail*.
KPT: 660727-02-XXXX
* berada di wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sg.Petani, Kedah dlm keadaan stabil.
SEKIAN, T.KASIH.
Suspek yang bertopi keledar berjaya ditahan manakala pistol jenis jenis Smith Wesson yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas," katanya di sini sebentar tadi. 

Beliau berkata, pengawal keselamatan terbabit dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan kini dilaporkan stabil. "Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci. Sumber FB, Berita Harian



via CeritaGempakKomuniti
Load disqus comments

0 comments