Tuesday, January 31, 2017

Uqasha Senrose Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad

Bukan sahaja sering berbalas komen di laman sosial, malah Uqasha Senrose dilihat sering meninggalkan komen berbaur cemburu apabila Hefny Sahad bergambar rapat dengan wanita lain, sehingga ada yang menyangka mereka ini sedang bercinta. Bagaimanapun, Uqasha menafikan dakwaan itu dan menegaskan mereka masih di fasa berkawan.

BACA: Uqasha Senrose Belum Fikir Soal Kahwin

“Kami belum sampai tahap bercinta. Kami masih dalam proses berkawan lagi. Saya juga tidak mahu orang cakap asyik mencari publisiti dengan bercinta pula. Saya percaya lebih baik kalau kenyataan keluar daripada pihak Hefny sendiri”

“Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari,” katanya kepada Harian Metro berhubung dengan gosip mengatakan mereka sedang dilamun cinta.

Biarpun menafikan gosip yang bertebaran mengenai hubungan cinta mereka, Uqasha nampaknya telah memadam beberapa komen cemburu yang ditinggalkannya di akaun Instagram Hefny. Sebelum ini juga, Uqasha pernah dikaitkan dengan seorang kerabat diraja, Tengku Bakar yang sehingga kini masih belum pasti status mahupun kesudahan hubungan itu. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments