Reggie Cabutatan, 30, dari Baguio ditawarkan menyambung pelajaran serta bekerja di syarikat milik ahli perniagaan berkenaan di Australia.
"Apa yang saya lakukan hanya mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi," katanya.
"Saya terlupa mengambil beg pakaian itu kerana tidak sihat semasa menaiki teksi itu. Malah Reggie juga tidak mengetahui nilai barangan tersebut kerana beg berkunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong. Ia menunjukkan integritinya," tulis Trent dalam Facebooknya yang kemudian viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memujuk kejujuran pemandu teksi itu.
Hey Guys, So if you haven't seen it already I accidentally gained some notoriety in the Philippines after rewarding a...
Posted by Trent Shields on Monday, 23 January 2017
Reggie dan keluarganya akan berpindah ke Australia untuk melengkapkan kursus pembangunan perisian selama enam bulan yang dijalankan oleh salah satu syarikat milik Trent.
Selepas tamat kursus tersebut, Reggie akan ditawarkan untuk menjalani latihan amali dengan syarikat milik Trent dan mendapat pekerjaan yang dibayar dengan gaji lumayan. Selain itu, Reggie juga turut menerima anugerah di atas kejujurannya itu oleh kerajaan tempatan Baguio.
0 comments