Tersenyum senyum jugalah ketika mengikuti Jep Sepahtu live di laman Instagram baru baru ini lebih lebih lagi apabila Sari Yanti turut serta meluahkan perasaannya ketika itu. Sama ada bergurau atau mungkin sedang kemaruk dilamun cinta, hanya empunya badan yang tahu.
BACA: Jep Sepahtu Akui Selesa Dengan Sari Yanti
Bagaimanapun, Jep sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia selesa berkawan dengan Sari Yanti sekaligus memberikan harapan bergunung buat peminat agar pasangan ini akan bertemu jodoh satu hari nanti.
Selain itu, pasangan ini juga pernah beberapa kali memuatnaik gambar bersama dengan caption yang manis manis umpama memberi gambaran bahawa mereka kini sedang melalui fasa indah dalam perkenalan hati budi, cewah.
Apa pun, jika benar ada cinta yang terjalin di hati mereka, pastinya iringan doa peminat yang mahukan pasangan ini bahagia akan terus terucap. Bolehlah Jep sweet sweet macam Shuib juga selepas ini, tak gitu? (rtky/s)
0 comments