Tahniah diucapkan kepada pelakon, Keith Foo yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya, Kim Raymond disahkan hamil dengan usia kandungan memasuki tiga bulan. Seperti orang lain, Keith turut mengalami tempias alahan isterinya apabila beliau sering mengidam coklat.
BACA: Keith Foo Idam Dua Anak, Serikan Rumah Tangga
“Secara tiba-tiba, saya mengidam coklat setiap hari. Walhal sebelum ini, saya tidak sukakan makanan manis-manis. Isteri pula lebih sukakan makanan masam seperti jeruk. Nasib baik berat badan saya tidak bertambah kerana masih bersenam.
“Namun, berita kehamilan ini adalah satu perjalanan dan pengalaman yang paling indah buat kami berdua,” katanya kepada portal My Artis yang teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka selepas mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.
Sementara itu, Keith turut merancang untuk berehat seketika dari kerjaya seninya bagi memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan isteri. Apapun semoga kehadiran cahaya mata sulung mereka akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan rumah tangga pasangan ini. (rkty/w)
0 comments