Sunday, July 3, 2016

“Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya”

Pelakon Scha Al-Yahya memberitahu bahawa dia begitu rindu untuk pulang beraya di kampong asalnya, di Sungai Petani, Kedah namun sering kali tidak berkesempatan untuk menyambut perayaan di sana kerana rata-rata saudara mara ada di ibu kota.

BACA: Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok

“Agak lama sebenarnya saya tidak pulang ke Sungai Petani kerana semua di sini. Kadang kala ada juga merancang untuk pulang, tapi tidak kesampaian. Jadi tahun ini tidak pasti lagi akan pulang atau tidak. Kalau boleh saya berharap dapat pergi bercuti bersama emak dan keluarga mertua pada Aidilfitri ini”

“Bagaimanapun semua bergantung kepada keadaan kerana saya tidak akan cuti panjang pada Aidilfitri tahun ini dan akan memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri,” katanya. Sementara itu, suaminya Awal Ashaari berkata mereka tidak pernah bergaduh untuk pulang berhari raya kerana keluarga kedua-duanya berada di Kuala Lumpur.

“Rumah keluarga saya dan Scha berada berdekatan, jadi bila orang bercakap mengenai kampung, saya tak rasa sangat sebab kampung saya di Kampung Baru. Hanya dipisahkan dengan Penchala Link untuk pulang ke rumah keluarga Scha pula,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)

7- Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya - ROTIKAYA 6- Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya - ROTIKAYA 5- Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya - ROTIKAYA 4- Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya - ROTIKAYA 3- Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya - ROTIKAYA 2- Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya - ROTIKAYA
Load disqus comments

0 comments