Pelakon Nora Danish, memberitahu sekiranya mahu berkahwin dia mengimpikan perkahwinan berkonsepkan beach wedding di Bali. Menurutnya juga, untuk perkahwinan kali ini dia hanya membuat secara sederhana sahaja. Pun begitu, Nora masih berteka-teki akan tarikh sebenar pernikahannya dan teman lelakinya, Nedim Nazri.
BACA: Nora Danish Tak Kisah Dikritik Beraya Dengan Bekas Mertua
“Insya-Allah, memang tahun ini saya akan kahwin. Kita cuma hanya mampu merancang dan perancangan itu sudah ada. Kalau berkahwin kali ini saya suka konsep beach wedding seperti di Bali,” katanya.
Tambahnya lagi, walaupun pada tahun ini dia begitu sibuk dengan perniagaannya, Nora berkata tidak mustahil juga dia boleh berkahwin pada bila-bila masa.
“Tak mustahil juga saya akan merancang perkahwinan dalam masa terdekat ini. Cuma kalau kahwin kali ini saya mahukan yang sederhana,” ujarnya kepada Rotikaya.
Sementara itu, Nora turut menjelaskan kekasihnya, Nedim Nazri tidak mempunyai masalah sepanjang perkenalan mereka dan sudah menerima akan kerjayanya sebagai seorang artis.
“Setelah 3 tahun lebih rasanya tidak ada masalah. Lagipun dia ada kehidupan dia sendiri. Dia sudah biasa akan kerjaya saya dan telah menerimanya seadanya,” tambahnya lagi. (rtky/h)
0 comments