Walau sesetengah ibu bapa berpendapat mendidik anak menggunakan rotan adalah sesuatu yang kasar tetapi bagi pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlyn, mereka lebih selesa memegang prinsip melentur buluh biarlah dari rebungnya. Biarpun tindakan itu nampak tegas namun Johan enggan melayan kritikan orang ramai mengenai cara didikannya.
BACA: Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas Untuk Makan
“Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya rotan atau belasah mereka pun biarlah daripada kecil. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti. Dan kini biarpun masih kecil, namun mereka sudah tahu rutin harian yang perlu dilakukan”
“Sebenarnya, ibu bapa kami juga kurang bersetuju melihat cucu mereka dirotan dan didenda, namun inilah cara kami untuk mendidik anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini saya gembira dengan pilihan yang dibuat kerana anak-anak mendengar kata. Kami tak kata cara kami adalah terbaik buat semua, namun inilah pendekatan kami gunakan”
“Malah ramai yang bertanya kepada saya bagaimana kami mendisplinkan anak-anak terutama yang didominasi oleh anak lelaki. Oleh itu penting untuk mendidik anak-anak dengan memberikan contoh terbaik. Mana mungkin kita mengajar anak untuk melakukan sesuatu namun kita tidak pula mempraktikkannya,” katanya kepada Berita Harian Plus.
Bercakap mengenai perkongsian anak-anak dilaman sosial pula, Ozlyn akui bahawa beliau tetap mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali memuat naik gambar atau video anak-anaknya. Sememangnya perkara itu hanya dilakukan selepas mendapat kebenaran Johan terlebih dahulu bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. (rkty/w)
0 comments