Selepas namanya melonjak menerusi drama bersiri, Dia Semanis Honey, tiba-tiba sahaja nama Siti Nordiana terpalit dengan tuduhan mengatakan beliau sudah mula berlagak sombong dan menolak permintaan pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya. Mengakui tidak terkejut dengan tuduhan itu, Siti Nordiana menafikan segala dakwaan tersebut.
BACA: Siti Nordiana Pernah Beraya Seorang Diri
“Sejak mula menyanyi saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati terbuka. Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar. Apatah lagi mengenai pengurus peribadi yang dikatakan mengongkong karier saya”
“Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf. Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya,” katanya kepada Kosmo Online berhubung dengan perkara itu.
Bercakap mengenai sambutan hari raya, baru-baru ini Nana telah menganjurkan sebuah majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri di Negeri Sembilan. Malah katanya, majlis yang diadakan secara besar-besaran itu telah dianjurkan bagi menghargai segala usaha dan sokongan peminat terhadap kerjaya seninya sejak zaman dahulu sehingga sekarang.
Pada masa yang sama, Nana turut meluahkan rasa syukur dan terharunya apabila majlis yang diadakan itu turut menerima kunjungan peminat dari serata negeri yang mahu bertemu dengannya. Berkat pertolongan kelab peminatnya juga, majlis tersebut dikatakan telah berjalan dengan lancar sekali dan menerima lebih daripada 5,000 orang tetamu. (rkty/w)
0 comments