Entah di mana silapnya, keputusan penyanyi Siti Nurhaliza untuk berniqab di tanah suci mendapat kritikan daripada pengikutnya di laman Instagram padahal sebenarnya tidak menjadi isu pun tentang perkara tersebut.
BACA: Menyanyi Di Smule, Siti Nurhaliza Dikritik
Menurut komen tersebut lagi, dia mahu membuka minda para artis melalui teguran di laman sosial. Menurut Siti dalam salah satu jawapan balasnya kepada komen tersebut, tujuan dia berniqab adalah untuk mengelakkan dirinya disapa peminat di sana lalu diajak bergambar pula.
Bagaimanapun kritikan tersebut hanyalah datang daripada segelintir perwira agama di Instagram dan rata-rata peminat dan pengikutnya yang lain sangat memahami situasi tersebut. Malah Siti sendiri dalam masa yang sama turut mengajak agar peminatnya sentiasa bersangka baik.
Apa pun, semoga Siti Nurhaliza tenang menjalani ibadah agama di sana. Kritikan dan tohmahan memang tidak dapat dielakkan oleh individu yang sentiasa terang mata melihat kecelaan orang lain di laman sosial. Layan sangat pun nanti, membuang masa saja. (rtky/s)
0 comments