Friday, July 1, 2016

Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan

Sebelum ini, pelakon, pelawak dan pengacara ini pernah menyatakan bahawa dia sememangnya teringin untuk berumah tangga. Berkesempatan menunaikan umrah baru-baru ini membuatkan Zizan Razak mengambil kesempatan untuk berdoa agar jodohnya dipermudahkan.

BACA: Lihat Kawan Bahagia, Zizan Razak Teringin Kahwin

“Tujuan adalah untuk mencari keberkatan Allah dalam masa yang sama menyucikan diri. Saya juga tidak mahu lepaskan peluang berdoa untuk pelbagai perkara yang bagi saya belum ada akhirnya, jodoh salah satunya,” katanya dipetik daripada Utusan Online.

Selain itu, Zizan juga bakal merasakan beraya di tanah suci Mekah pada Aidilfitri kali ini dan pengalaman tersebut pastinya sesuatu buatnya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di sana.

“Tidak ada masalah untuk saya menyambut 1 Syawal di sana. Sebabnya ibu memang setuju dengan keputusan saya. Sekarang ini tidak ada masalah untuk berkomunikasi. Setiap hari boleh telefon. Saya boleh berhubung dengan ibu melalui pelbagai medium. Jadi tidaklah sedih sangat,” katanya. (rtky/s)

7- Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan - ROTIKAYA 6- Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan - ROTIKAYA 5- Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan - ROTIKAYA 4- Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan - ROTIKAYA 2- Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan - ROTIKAYA 1- Tunai Umrah, Zizan Razak Doa Jodoh Dipermudahkan - ROTIKAYA
Load disqus comments

0 comments