Tuesday, September 13, 2016

(5 GAMBAR) Penampilan Sulung Norashikin Sebagai “Tengku Permaisuri Selangor” Jadi Tumpuan

Penampilan Sulung Norashikin Sebagai “Tengku Permaisuri Selangor” Jadi Tumpuan Rakyat

norashikin

Pada 31 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin telah melangsungkan pernikahan dengan Tengku Permaisuri Norashikin dalam satu majlis yang diadakan secara ringkas dan sederhana di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sempena Hari Taya Aidil Adha baru-baru ini, Norashikin Abdul Rahman telah membuat penampilan sulung sebagai Tengku Permaisuri Selangor di khala­yak ramai sekaligus mencuri tumpuan rakyat jelata.

Tengku Permaisuri Norashikin yang tiba bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid pada jam 8.20 pagi kelihatan jelita dengan mengenakan jubah dan selendang berwar­­na hitam.

Wajah anggun Norashikin yang sentiasa tersenyum membuatkan rakyat jelata tidak melepaskan peluang merakamkan gambarnya.

Hampir 4000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid tersebut yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin telah berkenan menghadiri santapan selepas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Pada hari Jumaat yang lalu, Setiausaha Dewan Diraja Selangor mengumumkan pemasyuran gelaran Norashikin sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa 8 September lalu setelah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Selain pemasyuran gelaran Tengku Permaisuri Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Tengku Permaisuri Norashikin. -PENMERAHDOTCOM

Jom layan gambarnya:

sultan-selangor-2

sultan-selangor-3

sultan-selangor-5

sultan-selangor-4

The post (5 GAMBAR) Penampilan Sulung Norashikin Sebagai “Tengku Permaisuri Selangor” Jadi Tumpuan appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments