Kehilangan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada hari ini sememangnya memberikan kesan kepada setiap orang. Tidak ketinggalan Neelofa turut meluahkan rasa sayunya terhadap pemergian arwah yang dikira cukup rapat dengan keluarganya. Menerusi laman Instagram, Neelofa turut menzahirkan ucapan takziahnya buat keluarga allahyarham Haron Din.
BACA: Neelofa Sampaikan Doa Peminat Di Mekah
“Al-Fatihah. Kali terakhir bertemu arwah dan isteri, dua hari sebelum terbang ke Makkah baru-baru ni dan lepas hari raya puasa tahun ni, ini apa yang arwah katakan kepada mama ‘Halim tu kena pegi Haji, bawak Neelofa sekali’. Selang beberapa minggu, segala aturan haji dibuat, berkat doa arwah saya berada di sini dan dapat selesai kerjakan ibadah haji”
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Diampunkan seluruh dosa-dosa dan diredhai Allah SWT. Ameen Allahumma Ameen. Ucapan setinggi-tinggi takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Guru Dato Ustaz Harun Din Al Hafiz semoga tabah hadapi saat kesedihan ini. Kami turut terasa kehilangan Ulama Besar kita,” tulisnya.
Selain itu, sekeping gambar Neelofa bersama ibunya serta arwah turut dimuat naik bersama ucapan takziah. Melalui posting itu juga ramai yang membanjiri ruangan komen pengacara itu yang pada ketika ini sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah dengan turut memberikan ucapan takziah kepada arwah sekeluarga serta sedih dengan permergiannya. (rkty/w)
0 comments