Friday, September 16, 2016

Safiey Ilias Cari Pembimbing Untuk Tunai Umrah

Selepas membuat pengakuan untuk kembali kepada penampilan mak nyah baru-baru ini, Safiey Ilias kini ingin mencari seorang pengendali haji atau Mutawif untuk membimbing beliau yang bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi. Pada masa yang sama, Safiey turut meletakkan syarat mahukan pengendali haji yang memahami perasaan mak nyah sepertinya.

BACA: Safiey Ilias Akui Kembali Jadi Mak Nyah

screen-shot-2016-09-16-at-4-11-04-pm

“Salam semua, siapa dekat sini boleh jadi mutawif atau ada nak cadangkan kawan yang pandai untuk bimbing saya sekeluarga ke umrah bulan 12 ini. Hendak yang peramah, arif, berpengalaman dan memahami jiwa mak nyah sensitif serta budak-budak yang bising ini”

“Senang cerita jenis yang mesra alam dan peramah. Tak nak yang mudah terasa sebab saya jenis cakap lepas,” tulisnya di laman Facebook mengenai kriteria pengendali haji yang ingin dicari untuk membimbing urusan ibadah umrah beliau sekeluarga pada bulan Disember ini.

Posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya itu menerima respon yang positif daripada orang ramai yang ingin membantunya untuk kembali ke pangkal jalan. Malah beberapa pengendali haji turut meninggalkan komen di laman sosial beliau, mencadangkan beberapa nama pengendali haji yang dapat memenuhi permintaan serta syarat yang diberikan oleh Safiey .

Terdahulu, Safiey pernah menggemparkan seluruh negara apabila beliau ingin menjadi pondan semula setelah berhijrah untuk menjadi lelaki pada Disember tahun lalu. Kononnya kerana sudah penat berkelakuan baik tetapi masih dikritik, Safiey nekad berubah menjadi pondan kembali selain memohon maaf kepada semua peminat diatas keputusannya itu. (rkty/w)

2-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 3-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 4-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 5-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 6-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 7-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg
Load disqus comments

0 comments