Monday, September 12, 2016

Komen Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Fattah Amin

Komen Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Fattah Amin

mf

Pelakon baru yang semakin popular, Mira Filzah kini telah dikaitkan dengan pelakon kacak Fattah Amin sejak kebelakangan ini.

Mira Filzah yang kini sudah berumur 23 tahun telah tampil memberi komen tentang status terkini hubungannya dengan pelakon kacak itu.

Ini komennya:

“Sejujurnya, ini bukan kali pertama saya berdepan gosip sedemikian sebelum ini, namun tanpa sedar ia telah berlalu sebegitu saja.

“Mungkin, ia disebabkan status saya yang masih solo. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku, orang tetap kaitkan saya bercinta,”

“Hubungan kami sekadar rakan artis, tidak lebih daripada itu. Kami juga tidak begitu rapat seperti mana yang disangka sesetengah pihak,”

“Ini asam garam sebagai seorang artis dan saya cukup memahami perkara itu,”

“Bukan tidak mahu bercinta, cuma masanya belum tiba. Ada baiknya saya fokus terhadap kerjaya terlebih dulu,”

Pelakon wanita ini meluahkan rasa kesal dengan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai punca perpisahan hubungan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim baru-baru ini.

Memiliki wajah yang jelita, Mira Filzah sering dikaitkan dengan rakan artis yang lain dan antara yang turut terpalit ialah Saharul Ridzwan, Zizan Razak dan juga Ben Ali.

Bagi Mira Filzah, dia kini lebih selesa memberi fokus kepada kariernya yang sedang berkembang dengan baik. -PENMERAHDOTCOM

The post Komen Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Fattah Amin appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments