Monday, September 12, 2016

Rita Rudaini Akhirnya Akui Rapat Dengan Donna Muslim

Rita Rudaini Akhirnya Akui Rapat Dengan Donna Muslim

rr

Pelakon jelita Rita Rudaini akhirnya mengakui sedang berkawan rapat dengan pengacara HLive bernama Donna Muslim

Pelakon wanita yang kini berusia 40 tahun sedang rapat dengan pengacara lelaki itu yang berumur 27 tahun namun Rita telah menafikan mereka sedang bercinta.

Kisah ini bermula apabila aktres itu memanggil Donna dengan nama ‘boyfriend’ di lama sosial Instagram miliknya.

Ini komennya:

“Kami berkawan saja dan saya pun selesa mengenali dirinya. Dia antara lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini.

“Saya mula mengenalinya pada tahun lalu, tetapi ketika itu perkenalan kami biasa saja,”

“Saya lihat, dia seorang lelaki yang menghormati orang di sekelilingnya dan kurang bersosial. Pada masa sama, kami serasi dalam apa saja topik yang dibualkan.

“Ada juga saya membaca komen-komen peminat yang mendoakan jodoh kami berdua. Namun bagi saya, ia sekadar satu usikan,”

Donna kini kerap berkunjung ke restoran milik Rita iaitu Rumah Kueh dan dilihat sangat mesra. Sementara itu, ditanya adakah Donna lelaki idamannya, kata Rita, sikap dan personaliti pemuda terbabit membuatkan beliau senang berkawan dengannya. -PENMERAHDOTCOM

The post Rita Rudaini Akhirnya Akui Rapat Dengan Donna Muslim appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments