PUCHONG, SELANGOR - Seorang ibu mendedahkan kemungkinan anak perempuannya ditampar oleh seorang guru pra-sekolah. Namun, guru berkenaan sebalik memberi alasan lain yang difikirkan kurang munasabah.
"Kalau korang, mana yang korang nak percaya? Dah buat salah, tak nak refund duit.
"Masa ambil Manda balik dari sekolah, cikgu tak beritahu pun yang Manda jatuh. Muka dia penuh dengan bedak. Padahal masa dihantar pergi sekolah, tak ada letak bedak pun.
"Apabila ditanya pada Manda kenapa ada kesan lebam di pipi. Dia kata cikgu yang lempang. Bila jumpa cikgu, diberi pula alasan Manda jatuh ketika menari tetapi lupa nak maklumkan," kata Farah di laman Facebooknya.
Dalam screentshot perbualan WhatsApp, pihak sekolah berkenaan memaklumkan bahawa mereka tidak menyembunyi apa-apa dari pengetahuan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun, Farah menegaskan adalah tidak masuk akal anaknya jatuh ke lantai dengan pipinya terlebih dahulu menyentuh lantai.
"Saya hantar anak saya ke sekolah agar pihak sekolah dapat mengajarnya sesuatu yang baru, bukannya balik dengan kesan lebam di mukanya," kata Farah.
Pihak pra-sekolah berkenaan menjelaskan, anak muridnya itu bukan jatuh ke depan, sebaliknya jatuh ke tepi menyebabkan pipi kanak-kanak itu lebam.
Enggan berdebat panjang, mereka mengambil keputusan untuk memulangkan wang deposit Farah yang telah dibayar. Malah pihak pra-sekolah itu juga akan mengambil tindakan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. - The Reporter
0 comments