Tuesday, August 8, 2017

BF Afifah Nasir Cabar Aliff Aziz Untuk Bersemuka

Berang kenyataan teman wanitanya dikritik oleh Aliff Aziz, teman lelaki Afifah Nasir, Wan Ariff Azhar tampil bersuara mempertahankan wanita kesayangannya. Menerusi akaun Instagram, Ariff berang dengan sikap Aliff yang menuduh Afifah tidak bercakap benar dan mengaitkan produksi.

BACA: “Penjelasan Afifah Nasir Tak Masuk Akal”

“Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu. Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya, tapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu”

“Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tapi kamu pula mempersoalkannya. Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki. Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah,” tulisnya menerusi Instagram.

Tambah Ariff lagi, teman wanitanya sebelum ini sering mengadu tentang sikap kebudak-budakan Aliff sepanjang pengambaran berlangsung. Dengan itu Ariff mencabar Aliff untuk datang bersemuka dengannya jika beliau betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Afifah.

Makin melarat nampak gayanya drama mereka ini, siap ajak bersemuka pula. Apapun diharap kalau bersemukan pun janganlah sampai bergaduh, sebaiknya berbincang secara matang dan dewasa. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments