Sunday, August 6, 2017

“Pihak Produksi Gunakan Saya Untuk Pujuk Aliff Aziz”

Muncul selepas dua minggu lebih menghilang setelah tercetusnya kontroversi memegang tangan Aliff Aziz, Afifah Nasir tampil menjelaskan keadaan sebenar. Jelasnya, segala yang berlaku adalah disebabkan arahan produksi yang memintanya memujuk Aliff hadir ke lokasi pengambaran.

BACA: “Saya Akui Silap Benarkan Dia Pegang Tangan”

“Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja, pihak produksi yang meminta saya memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff”

“Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tapi bila jadi perkara begini tiada seorang daripada mereka (produksi) yang bercakap menyebelahi saya. Saya tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap dia”

Menyedari dirinya dikecam hebat oleh peminat sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, Afifah sedih dan kesal kerana menjadi pak turut kepada pihak produksi yang akhirnya memakan dirinya. Dalam masa yang sama, Afifah turut memohon maaf kepada Bella Astillah.

“Apa yang berlaku semuanya adalah atas sebab kerja sahaja. Setiap malam saya menangis bukan sebab dikecam netizen tatapi kerana memikirkan kenapa saya begitu bodoh mengikut rancangan pihak produksi,” jelasnya kepada m Star Online ketika membuat pertemuan bersama wartawan.

Turut hadir ke sidang media yang diadakan adalah kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar, kakaknya, Mia Nasir dan peguam, Sana Tufil Ahmad. Dalam pertemuan itu, Afifah turut memperdengarkan rakaman antara kakaknya Anzalna dan seorang kru produksi tentang strategi pihak produksi. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments