Semalam kekasih Afifah Nasir, Wan Ariff tegas mempertahankan teman wanitanya yang menjadi mangsa keadaan di dalam kontroversi main cinta antara Afifah dan Aliff Aziz. Pun begitu, Bella Astillah semalam menerusi insta story, tidak percaya dengan penjelasan yang diberikannya itu.
BACA: “Pihak Produksi Gunakan Saya Untuk Pujuk Aliff Aziz”
“Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya. Kita boleh say no, boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita. Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang minta tolong ke apa”
“Dia boleh straight call saya. Bukan diorang takut sebab diorang tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksi pun. Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja’? Dekat situ dah salah sebenarnya,” jelasnya kepada My News Hub.
Tambah Bella lagi, teman lelaki Afifah hanya mendengar penjelasan satu pihak sahaja dan sebagai teman lelaki, Ariff sudah pastinya mempertahankan teman wanitanya. Malah selepas pengakuan suaminya, Bella percaya Afifah dan Aliff memang bermain cinta di set pengambaran.
Kalau ikutkan sehingga kini pihak produksi drama Izinkan Aku Menyintaimu masih belum tampil memberikan penjelasan selepas Afifah mengheret sekali pihak produksi didalam kontroversi ini. Ramai juga yang meneka rating drama ini bakal menjunam dek kerana kontroversi ini. (rtky/w)
0 comments