Farmasi kecantikan terkemuka Malaysia, Watsons, terus mempergiat usaha untuk memberikan terbaik kepada pelanggan setia mereka.
Baru-baru ini, bertempat di Sunway Pyramid, Watsons mengundang beberapa personaliti popular tanah air untuk turut serta dalam pelancaran semula rangkaian penjagaan rambut dan badan, Naturals by Watsons.
Antara selebriti yang turut serta ialah Thanuja, Arja Lee, Syifa Melvin dan Miko Wong.
Apa yang menarik tentang pelancaran kali ini ialah Naturals by Watsons tampil dengan formula dinaik taraf dan berwajah baru.
Antara rangkaian Naturals by Watsons ialah Olive, Argan Oil, Marula, Aloe Vera, Prestige Rose, Paw Paw dan Blood Orange.
Selebriti yang hadir turut kongsikan pengalaman mereka sendiri menggunakan produk Naturals by Watsons ini.
Adik kepada pelakon popular yang juga blogger terkemuka, Syifa Melvin, ternyata sangat sukakan produk Naturals.
“Terima kasih beri saya peluang untuk mencuba produk Naturals. Jujur saya katakan, saya sangat sukakan produk ini. Terutama sekali rangkaian Marula by Naturals.”
Model terkenal Thanuja yang mencuba rangkaian Olive Oil by Naturals, teruja dengan kualiti produk tersebut.
“Saya sudah gunakan produk Naturals selama 3 minggu. Saya sangat sukakan losyen badan dan perapi rambut. Ia buatkan kulit saya lembap. Tentang perapi pula, ia membuatkan rambut saya mudah diurus dan tiada masalah rambut mengerbang.”
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, rangkaian penjagaan rambut dan badan ini ternyata mendapat sambutan baik dan harganya sangat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ift.tt/1ANaHVn
0 comments