Tahniah diucapkan kepada Siti Saleha dan suami, Ahmad Lutfi yang selamat diijabkabul pada minggu lalu. Dan semalam pula telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan di PAUM Clubhouse.
BACA: Suami Siti Saleha Mahu 11 Orang Anak
Pasangan ini telah memilih tema traditional Melayu sebagai tema resepsi perkahwinan mereka di sebelah pengantin perempuan. Nampak manis dan menawan Seleha yang memakai busana songket Melayu berwarna coklat sedondon bersama dengan suami tercinta.
“Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” jelasnya yang gembira dengan acara perkahwinan yang berjalan lancar.
Sebelum ini dalam laporan m Star Online, suami Saleha ada menyuarakan hasrat untuk mempunyai sebelas orang anak, dan kalau boleh katanya, beliau ingin setiap tahun melahirkan anak. Memang meriah keluarga Saleha nanti kalau dikurniakan anak seramai itu.
Semoga perkahwinan Saleha dan suami akan berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia hingga ke anak cucu. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar kemeriahan majlis resepsi perkahwinan Siti Saleha dan suami yang berlangsung semalam. Enjoice! (rtky/w)
0 comments