Selamat hari lahir yang ke 36 tahun buat Awal Ashaari. Meriah juga kami lihat perkongsian gambar di akaun Instagram Awal mengenai sambutan hari lahirnya itu yang sebenarnya adalah pada 6 Ogos nanti. Kira sambutan hari lahir in advance begitu.
BACA: Scha al-Yahya, Awal Ashaari Niat Tambah Anak
Apa yang pasti, ketika ini tiada gosip gosip panas yang mengekori selebriti yang juga merupakan suami kepada pelakon wanita, Scha al-Yahya ini.
Malah menerusi perkembangan terbaru pasangan ini, Awal dalam masa yang sama turut merancang untuk menambah cahaya mata selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Bagi Awal dan Scha, selang beberapa tahun untuk menambah cahaya mata ini juga sebenarnya memberi ruang kepada anak mereka, Lara Alana untuk matang sebelum dapat adik baru.
Apa pun, semoga segala perancangan pasangan ini akan dipermudahkan. Kami belanja sikit beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice!
Gambar: amirnaufalphotography
0 comments