Wednesday, August 9, 2017

“Dia Tempat Saya Kongsi Masalah Hidup”

Kalau dilihat di Instagram usahawan wanita berjaya, Nur Sajat, memang sering gambar jejaka yang dikenali Coach Yin dimuat naik. Selain bergambar mesra, ramai yang mendakwa Sajat kini dilamun cinta. Namun sebenarnya masing-masing masih sedang mengenali hati budi.

“Kami berkawan rapat dan saling mengenali hati budi. Diakui buat masa sekarang dia lelaki paling rapat dengan saya. Selain berhubung kerana urusan perniagaan, dia juga menjadi tempat saya berkongsi masalah”

“Dalam hidup kita perlu ada kawan rapat. Saya macam orang lain juga mengharap yang terbaik dalam hidup. Soal sayang atau rindu, bagi saya ia subjektif. Perasaan itu bukan hanya untuk kekasih tetapi sesiapa sahaja yang rapat dengan kita,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dikala orang lain masih bertelagah mengenai jantina sebenarnya Sajat, beliau pula sedang berbahagia dengan ‘kawan rapat’. Kalau sudah ada teman lelaki, mungkin betullah agaknya Sajat ini memang seorang wanita. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments