Saturday, August 5, 2017

“Pantang Kalau Gadis Muda Bertenggek Pada Suami Orang”

Kalau masih ingat baru-baru ini Rozita Che Wan ada memuat naik kenyataan menyelar tindakan wanita yang suka merampas suami orang ketika isu hangat Alif Aziz dan Bella Astillah diperkatakan. Tambahnya lagi, beliau memang menyampah perempuan yang suka bertenggek dekat suami orang.

BACA: Che Ta Sekeluarga Sambung Raya Di London

“Saya tiada niat nak perli siapa-siapa pun. Cuma masa cover Metro Ahad dan kapsyen saya kebetulan keluar pada waktu cerita Aliff-Bella tengah panas. Mana hati dan perasaan mereka sebagai wanita. Mereka belum kahwin dan belum rasa hak sendiri tercabar”

“Mereka tidak tahu macam mana luluhnya hati seorang isteri. Apatah lagi dalam situasi yang berlaku baru-baru ini, Bella dalam pantang. Mana-mana wanita pun akan meroyan tetapi hati si isteri sungguh mulia, sanggup memaafkan suami,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Che Ta menerusi akhbar tempatan, ada menyebut usia bukanlah suatu perkara penting dalam hubungan perkahwinan asalkan tidak menganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain. Di kala kemelut rumah tangga Alif dan Bella, status Che Ta itu terus menjadi viral.

Menerusi Instagram, ramai yang menyokong kenyataan yang dikatakan Che Ta itu dan turut sama memberikan pendapat mengenai tindakan Aliff yang keluar bersuka ria dengan wanita lain. Ada betulnya cakap Che Ta, ramai lagi lelaki bujang diluar sana menantikan cinta. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments