Wednesday, August 9, 2017

“Saya Mahu Keluarga Bahagia, Tetapi Apakan Daya”

Baru sahaja diijabkabul pada 1 Mei (2017) lalu, kini desas desus mengenai badai yang melanda rumahtangga Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa kini sedang bertiup kencang. Malah kenyataan isterinya kepada BH Online bagai memberi gambaran apa yang sedang dilalui mereka ketika ini.

BACA: “Apa Bukti Saya Sekat Suami Di Instagram?”

“Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” luahnya kepada portal berita tersebut. Pergolakan rumah tangga mereka mula dihidu apabila Joy sebelum ini memuatnaik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Dalam lirik tersebut, terselit lirik lagu – “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu” dan status yang meminta dirinya supaya bersabar dari terburu buru dan keliru.

Sementara itu, Hafiz Hamidun melalui Harian Metro enggan memberikan komen lebih lanjut.

“Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian,” jelasnya. Apa pun, semoga segala masalah yang dihadapi oleh Hafiz dan isteri dapat diselesaikan dengan cara baik dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments