Berpisah dengan teman lelaki sekitar Mei lalu membuatkan Elizabeth Tan melalui detik hitam di dalam hidupnya apabila mengalami kemurungan melampau sehingga terfikir untuk membunuh diri. Namun dirinya bernasib baik apabila ibunya masih berada disisi menyokong.
“Saya melalui detik hitam dalam kehidupan saya apabila semua masalah berlaku dalam masa yang sama. Akibatnya, saya hampir hilang akal dan terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri. Masalah cinta dan hal lain datang serentak sehingga saya pernah rasa seolah hilang kepercayaan kepada tuhan”
“Namun, saya bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang memahami keadaan saya dan berusaha membawa saya berjumpa doktor pakar untuk rawatan. Saya juga dikelilingi rakan-rakan berbilang agama yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk bangkit melawan tekanan”
Kasih sayang seorang ibu memang tiada tandingnya, biarpun Lizzy pernah melukai hati ibunya kerana pernah membelakangkan keluarga demi kekasih namun beliau bersyukur masih dikurniakan keluarga yang penyayang. Dalam masa yang sama, Lizzy kini lebih terbuka berkongsi perasaanya.
“Kini saya sudah pulih dan sentiasa terbuka dalam berkongsi masalah sama ada dengan keluarga atau rakan-rakan baik saya,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai pengalamannya yang pernah mengalami tekanan perasaan kerana gagal mengawal perasaaan sedih. (rtky/w)
0 comments