Mampu membawa watak dengan penuh penghayatan, kehebatan pelako Bront Palarae tidak dapat dinafikan lagi malah naskhah lakonannya juga bukan filem-filem kebiasaan. Tampil berbeza, Bront bakal memegang watak lelaki berbangsa Yahudi dalam filem terbaru Indonesia iaitu Ayat-Ayat Cinta 2.
BACA: “Kali Kedua Kau Buat, Gua Cari Lu Sampai Dapat”
Menurut Bront, dia akan memegang watak bernama Barruch yang digambarkan sebagai seorang jejaka dari Eropah. Atas tuntutan lakonan tersebut, Bront turut mendalami budaya masyarakat Yahudi dan mempelajari bahasa Hebrew untuk berdialog.
Disoal sama ada dia bimbang tentang pandangan masyarakat kerana memegang watak berbangsa Yahudi itu, Bront menjelaskan tidak ada babak yang memerlukannya untuk sembahyang atau pun melakukan ritual agama.
“Bagusnya watak Barruch, ia tidak menyentuh soal agama ataupun pegangan akidah. Tiada babak sembahyang atau ritual agama. Jadi tiada masalah dalam soal itu. Saya cuma perlu buat penonton percaya bahawa Barruch itu Yahudi iaitu dari segi penampilan, percakapan dan bahasa tubuh”,” katanya kepada Kosmo! Online.
Apa nak buat, tohmahan dan juga caci maci daripada warga laman sosial pastinya sukar untuk ditapis namun sekurang kurangnya Bront telah melebarkan sayap di negara luar selain mendapat peluang untuk bekerjsama dengan produksi bukan tempatan. (rtky/s)
0 comments