Afdlin Shauki Kecewa, Boikot Festival Filem Malaysia
Selebriti popular Afdlin Shauki ternyata kecewa dengan tindakan pihak Festival Filem Malaysia (FFM) yang membuat keputusan mengasingkan filem bukan Bahasa Malaysia sekaligus tidak dapat bertanding sebagai Filem Terbaik.
Antara filem yang gagal tersenarai ialah filem yang meletup di pawagam iaitu filem Ola Bola. Ini kerana terdapat banyak dialog bukan Bahasa Malaysia di dalam filem tersebut.
Filem-filem ini akan bertanding dibawah kategori yang lain iaitu Filem Bukan Bahasa Malaysia terbaik.
Ini komen Afdlin Shauki:
Minta maaf, tahun ini saya boikot FFM. Bilalah anak Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia
Afdlin Shauki memuatnaik gambar di laman IG mengumuman beliau boikot anugerah berprestij ini. Afdlin juga berkongsi surat dari pihak Finas yang menunjjukan FFM telah mengadakan mesyuarat khas untuk membuat kategori tersebut.
The post Afdlin Shauki Kecewa, Boikot Festival Filem Malaysia appeared first on PenMerah.com.
0 comments