Saturday, August 27, 2016

Ayah Pengantin Lelaki 18 Tahun Beri Komen Perkahwinan Anaknya

Ayah Pengantin Lelaki 18 Tahun Beri Komen Perkahwinan Anaknya

ayah

Baru-baru ini telah viral gambar seorang remaja lelaki berumur 18 tahun memilik pasangan isterinya yang umurnya dua kali ganda melebihi usianya.

Kisah ini disahkan benar dan berlaku di pekan Kuala Penyu di Sabah, apabila Mohd Sufie Alin yang berusia 18 tahun berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak, Dayang Sopiah Gusti, 42 tahun.

Gambar Mohd Sufie menyarungkan cincin emas di jari Dayang Sopiah semasa majlis akad nikah mereka telah tersebar di laman Facebook pada Jumaat, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Alin Utam, 52 tahun, bapa kepada pengantin lelaki tampil memebri komen tentang perkahwinan anaknya itu. Ternyata dia merestui perkahwinan anaknya itu.

Ini komennya:

“Mereka cukup matang untuk membuat keputusan mereka sendiri, termasuk berkahwin,”

“Apa yang penting Sufie tidak ganggu isteri orang dan mereka ingin meneruskan hubungan mereka mengikut cara Islam.

“Oleh itu, saya tidak mempunyai masalah dan menerima Sopiah menjadi pasangan kepada Sufie, yang telah ditakdirkan oleh Allah,”

“Saya sempat menasihati Sufie supaya menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja perlu menjaga isteri tetapi juga lima anak tirinya,”

Selamat melayari bahtera perkahwinan buat pasangan ini. Semoga berbahagia selalu. -PENMERAHDOTCOM

The post Ayah Pengantin Lelaki 18 Tahun Beri Komen Perkahwinan Anaknya appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments