Monday, August 29, 2016

PEDASSS ! Jaga Hidup Anda Sendiri, Tengok Cermin Dan Berfikir Balik – Raisya Senrose..!!

gfggg

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Uqasha Senrose yang secara terbuka memaklumkan dia tidak lagi bertudung menerima pelbagai reaksi pengguna laman sosial.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik adiknya yang juga pelakon Raysha Rizrose di laman Instagram, Uqasha menerima pelbagai komen.

Seorang peminat yang menggunakan akaun @qartina_ menyifatkan tindakan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu seperti mempersendakan agama.

“Takpalah pilihan dia dosa dia, kita doa yang terbaik saja. Mempersendakan agama ini berdosa,” katanya.

Sementara itu seorang lagi peminat yang menggunakan akaun @mazlinamazlan7 berkata Uqasha sepatutnya mengenakan tudung dengan cara yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif di kalangan peminat.

@sitifazlina90 pula meluahkan rasa sedih apabila mengatahui tindakan Uqasha.

“Dunia sekarang tinggal tunggu tanda-tanda besar kiamat lagi. Yang sudah berhijab buka semula. Semoga mendapat hidayah kembali,” katanya.

Pada masa sama, segelintir peminat tetap memuji sikap berterus terang Uqasha tanpa bersikap hipokrit di hadapan peminat.

Sementara itu, Raisya yang dihujani komen berbaur negatif tampil membela kakaknya.

“Saya tak perlu nak membalas setiap komen anda kerana tak berasa ia satu keperluan. Bukan apa saya percaya anda semua lebih suka menjatuhkan hukum berdasarkan pemahaman sendiri. Kalau berasan diri sudah cukup sempurna, sila pandang cermin dan berfikir balik.

“Jaga hidup dan diri masing-masing. Jangan nak sibuk kehidupan orang lain, cari salah orang sedangkan diri sendiri belum tentu betul,” tulisnya.

Bekas kekasih Uqasha iaitu Pekin ketika dihubungi berkata, pelakon itu berhak membuat keputusan kerana itu membabitkan dirinya sendiri.

“Apa yang dilakukan itu adalah atas pilihannya sendiri. Saya percaya dia lebih mengetahui apa yang dilakukan.

“Saya tidak mahu mencampuri urusan peribadinya kerana sudah tidak ada sebarang kaitan dengannya,” katanya.

Terdahulu, Uqasha menyatakan pendiriannya dengan kembali kepada imej lama menerusi sebuah portal berita selepas tiga tahun berhijab.

Menerusi kenyataan itu, Uqasha mengakui hatinya tidak pernah tetap untuk berhijab sehingga ada ketika membuka tudung apabila berada di khalayak seperti yang pernah tersebar sebelum ini.

Uqasha juga kesal apabila mengambil keputusan terburu-buru dengan tampil bertudung selepas putus cinta dengan pelakon Pekin Ibrahim.

Uqasha ketika kali pertama dihubungi Harian Metro memaklumkan sedang mencuci rambut petang tadi dan ketika dihubungi kali kedua malam tadi, dia enggan lagi memberi kenyataan kerana sudah berbuat demikian.

“Saya minta maaf sebab buat masa sekarang sedang sibuk. Lagi pula saya sudah memberi kenyataan panjang lebar. Harap semua faham,” katanya ringkas.

The post PEDASSS ! Jaga Hidup Anda Sendiri, Tengok Cermin Dan Berfikir Balik – Raisya Senrose..!! appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments