Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia, Nazim Othman dan Bella Dally diatas pengumuman tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 10 September ini, manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki pula akan diadakan pada 17 September. Pengumuman ini sekaligus mengesahkan spekulasi tarikh pernikahan mereka yang sebelum ini tersebar di media sosial.
BACA: Nazim Othman, Bella Dally Nikah 10 September Ini?
“Saya dengan berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa tarikh pernikahan saya bersama belladally bakal berlangsung pada waktu pagi tanggal 10 September 2016 dan diikuti dengan majlis resepsi oleh keluarga bakal isteri saya di Kota Kinabalu. Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru”
“Maafkan saya kerana tidak memberi sebarang pengesahan sebelum ini kerana terdapat beberapa proses persiapan yang masih belum terlaksana di waktu itu. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan kami sebagai pasangan suami isteri kelak,” tulisnya menerusi laman Instagram beliau mengesahkan tarikh pernikahan yang bakal berlangsung.
Sebelum ini Berita Harian Online pernah melaporkan bahawa pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh tersebut sekaligus dengan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan. Bagaimanapun Nazim ketika ditanya enggan mengesahkan spekulasi itu dan meminta untuk memberikannya ruang untuk mereka berdua menguruskan persiapan.
Walau apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan, Nazim Othman dan Bella Dally diatas pernikahan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Semoga segala persiapan serta perancangan yang dijalankan akan berjalan dengan lancar hingga ke hari bahagia nanti dan dipermudahkan olehNya. Dan diharapkan ikatan perkahwinan ini akan berkekalan selamanya. (rkty/w)
0 comments